Sunday, March 27, 2011

my good baby =( u'll always in my heart

assalamualaikum, untuk kedua kalinya terjadinya perpisahan yang telah ditakdirkan oleh yang Maha Esa, Allah S.W.T. aku pasrah dan redha dengan ketentuan ini. ya, aku kesal dengan sikap aku yg kurang prihatin dengan anak2 kecilku. aku terlalu leka . akibat kecuaian aku, anakku yg seorang tu jadi mangsa. sesungguhnya aku telah berusaha untuk megubatinya sehinggala semalam. ya, aku akan bwk dia ke klinik haiwan esok (ahad). kuatkan hatimu, sayang ! namun, sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, tetapi apa daya kita, Allah telah tentukan segalanya. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. tepat jam 5 a.m aku sudah bgn untuk siapkan makanan untuk ank2ku yg tersayang. aku akan cuba pujuk mak untuk izinkan aku tidak ke skul hari ni. aku jengah untuk tgk keadaan si kecil yg tidak ku ketahui apa punca kesakitan yg dialaminya, terpaksa aku meletakkan di dlm sangkar untuk memnudahkan proses membawa ke klinik. aku keluar ke halaman rumah untuk menjamu 6 org ank2 ku yg sudah menunggu hidangan depa. aku jengah ke sangkar untuk tgk keadaan si kecil, namun dpt ku rasakan sesuatu yang akan berlaku. nafasnya turun naik dgn laju, mulutnya seperti sukar bernafas, kenapa sayang ? ? jangan camni. aku gerak adik untuk tlg tgk. ta sampai hati rasanya untuk tgk si kecil begitu. akhirnya, kau pergi juga wahai sayangku. kau tinggalkan km tepat jam 5.35 a.m. kau sgguh tenang sayang. ta sanggup rasanya nak tatap wajahmu yang sudah pucat sayang. aku membalut tubuhnya si kecil dengan tuala yg aku sendiri ta penah gunakan. seawal 6 pg, ayah mengcangkul tanah di tanah kosong berhampiran rumahku. aku leka mendukungmu sayang. aku menanamnya segera kerana aku perlu ke sekolah. hanya tuhan yg tahu betapa aku menyayangimu. akanku kenangmu hingga akhir hayatku. sayang, kaula pengalaman pertamaku. aku redha. kita jumpa lg nnt sayang di sana kelak. =(
K U S K U S nama si kecil sbb dia suka makan tikus =) i miss u already dear =(




(maaf, ayat cam buat buku cerita lak. tp mmg tgh upset sgt)